Monday, November 30, 2015
[ T O L I B U L I L I M ]
Tugas Tolibul Ilm ini adalah menuntut ilmu yang tidak melanggar syarak.
Tidak patut seorang Tolibul Ilm ini menghabiskan masa dengan perkara sia-sia seperti 24Jam menghadap laman sosial.
Dan tidak sepatutnya seorang Tolibul Ilm ini menyertai medan perdebatan dan sertai medan fitnah yang sedang berlegar di dunia ini. Kerana kita ini hanyalah "Penuntut" bukan "Penghukum".
Tidak patutlah seseorang Tolibul Ilm itu berkata sesuatu yang bukan bawah kepakaran, bawah keilmuan dan tanpa pengetahuan diri sendiri. Jikalau tidak tahu, lebih baik dan seafdhalnya kata " Wallahu'alam" atau " La Adri " atau dalam bahasa melayu " Aku tak tahu ".
Berlakunya fitnah disekeliling penuntut ilmu ini apabila mereka mengatakan " Aku tahu " sedangkan pada tahap pengetahuan dia, mustahil dan mungkin dia hanya mengetahui sebilangan maklumat lalu terus dia menghukum tanpa ada dasar ilmiah.
Khulasohnya, sebagai Tolibul Ilm, perlulah jaga lidah dan tutur kata kita mencaci ulama terutamanya ulama muktabar yang diiktiraf seluruh dunia akan keilmuannya seperti Imam Syafie dan Imam mazhab yang lain. Dan jangan kita menyibukkan diri kita untuk menghukumkan sesuatu ulama itu syirik,bidaah dan kufur kerana perkataan itu amatlah berat disisi ASWJ untuk kita melemparkannya kepada sesiapa terutamanya ulama'.
Seperti isu dalam ilmu tasawuf pula, biarlah ahlinya yang menyelesaikan masalah itu dan janganlah kita menjadi juara perdebatan dan penghuraian terhadap permasalahan dunia tasawuf.
Apa yang Asatizah mengatakan sesuatu perkara, tidak semestinya wajib kita pegang pada kata-katanya. Perlu kita untuk selidik dengan bertanyakan kepada ahlinya.
Allah berfirman :
"فسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون "
Maksudnya : Tanyalah kepada Ahli Zikr ( Orang yang mengetahui ) sekiranya kamu tidak mengetahui.
Pepatah Arab berkata :
نحن دعاة ليس قضاة
Maksudnya : Kami Adalah Da'ie bukan Hakim
Wallahu'alam.
- Hamba al-Faqir -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment