Monday, November 23, 2015

ADAB TUAN ILMU

2 hari lepas saya menjadi L/O kepada Professor Madya Dr Khalif Muammar bagi Seminar Transformasi Aqidah 2015 di UniSZA, dan Prof adalah salah satu pembentang. Dalam tempoh sehari itu, beliau banyak menekankan "Adab" kerana guru beliau, Prof Syed Naquib al-Attas hfzllh juga acapkali berkata mengenai "Adab" dalam pengajian beliau.

Kata Prof Khalif: " kita ASWJ tidak kaya dengan harta benda mahupun jawatan yg mahsyur, tetapi kita(ASWJ) kaya dengan warisan ilmu yg tidak putus-putus melalui sanad berguru yg mursyid. Dan kita juga kaya dengan Adab. Syiah mereka kaya dengan minyak dan tampuk pemerintaham serta senjata, Sudo Salafi juga kaya dengan harta dan minyak. Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk menyebarkan pemikiran mereka tetapi kita (ASWJ) menyebar memggunakan ilmu warisan dan adab. Ilmu ini jikalau tidak dikuasai dengan adab, ia hanyalah sekadar maklumat. Kerana manifestasi ilmu ini adalah dengan adab yakni cara tutur,perilaku dan suci dari sifat mazmumah(tercela). Itulah yang membuat kita(ASWJ) semakin kukuh. "

Ibrahim adham berkata " aku telah mempelajari ilmu adab selama 20tahun dan barulah aku menuntut ilmu ".

Terima Kasih Prof atas didikan rohani untuk seketika.
Barakallahu lahu !

No comments:

Post a Comment