Politik ini adalah furu' daripada Islam. Kita sebagai Umat Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, perlu keatas kita mengetahui berkenaan politik(keadaan sesebuah negara).
Tetapi bagi tolibul ilim, sepatutnya kita perlu tahu yang mana lebih utama (awlawiyat). Tidak salah untuk kita berkancah dalam parti politik tetapi jika dengan penyertaan kita dalam sesebuah jemaah menyebabkan sistem pembelajaran kita ini menjadi cacat dan mengganggu tumpuan kita dan tujuan utama kita yakni menuntut ilmu, rasanya boleh fikir kot. Saya tak kata tinggalkan politik. Politik , politik juga tetapi jangan sampai status " TOLIBUL ILIM " yang ada pada diri kamu itu tercalar. Jika kamu boleh mengawal dan seimbangkan, Tafaddhol. Segala hormatnya dipersilakan. Jika tidak mampu untuk mengurus masa dan sebagainya, rasanya boleh fikir mana yang lebih baik.
Dan satu lagi masalah dalam berpartian iaitu apabila kita rasa parti kita sahaja yang masuk syurga yang lain "Finnari Jahanam". Itu adalah suatu fahaman yang bercanggah dengan pembawaan Rasulullah SAW. Jangan rasa jemaah kita sahaja yang benar, orang lain saloh belake. Setiap orang ada uslub masing2 dalam dakwah mereka. Bukan dengan tidak menyertai jemaah, menandakan mereka tidak menyokong Islam. NO!
Bahkan, ada sesetengah dari kalangan jemaah yang mengkritik para alim ulama, para habaib (ahlul bait) , pendakwah bebas yang tidak bersama mereka dengan dakwaan yang tidak ilmiah dan kurang adab.
Saya amat tidak bersetuju terhadap individu yang mengatakan bahawa "Aku ingin berjuang atas nama Islam" tetapi dalam pada yang sama, dia menghina dan mengkritik para alim ulama atas sebab tidak bersama sama dalam jemaah.
Saya cakap ini atas pemerhatian saya sendiri.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment