Saturday, November 21, 2015

Pengajian Sohih Bukhari bersama Ustaz Zahid



Pengajian Sohih Bukhari bersama Ustaz Zahid حفظه الله petang semalam menyentuh hadis berkenaan dengan Tabaruk.
Pada Bawah bab Kegunaan Air yang padanya ada rambut manusia.
Ibnu Sirrin berkata kepada Ubaidah mafhumnya : Disisi kami ada rambut Rasulullah SAW yang aku dapat daripada Anas(Saidina Anas Ibn Malik) atau dari ahli keluarga Anas(Saidina Anas ibn Malik). Berkata Ubaidah : Jikalau aku ada sehelai rambut Rasulullah SAW, nescaya aku akan mencintainya melebihi dunia dan seisinya.
Pada Kitab Ibnu Bathal syarah kepada Sohih Bukhari mengatakan bahawa hukum bertabaruk itu adalah harus.
Ada suatu kisah ketika perang Yamamah, Saidina Khalid memakai serban(padanya ada rambut Rasulullah SAW), lalu serban itu jatuh dan Saidina Khalid mencarinya sehingga para sahabat rasa tidak senang melihat keadaan Saidina Khalid. Lalu para sahabat menegur perbuatan Saidina Khalid. Lalu beliau berkata : " Aku mencari bukan kerana nilainya tetapi aku risau ia(rambut Rasulullah SAW) jatuh ke tangan musuh. "
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment