Kuburiyyyun.
Istilah ini selalu digunakan oleh satu golongan yang tidak memahami apa itu istilah tawasul. Maka mereka menggelar sesiapa sahaja yang bertawasul dengan orang(soleh) yg sudah mati dengan gelaran kuburiyyun. Sampai ada yg mengatakan"penyembah kubur". Sesungguhnya itu adalah anggapan dari kecetekan pancar nur ilmu dalam hati itu. Sesungguhnya setakat ini tidak ada lagi orang menyembah kubur.
Ada yang mengatakan " Bertawasul itu akan membuka ruang pintu syirik ".
lalu aku berfikir, adakah dengan makan obat panadol itu juga membuka pintu syirik? Jenuh garu kepala sampai botak.
Benar. Akan menjadi syirik jika kita menganggap bahawa kubur(si mati yg soleh) ini memberi manfaat dan pertolongan kepada kita kerana Allah SWT sahajalah yang berhak untuk kita meminta pertolongan. Untuk tidak berlaku sedemikian, perlu lah seseorang itu belajar ilmu tauhid dan mengetahui istilah tawasul itu sendiri agar syaitan tidak mudah untuk menyesatkan iman kita.
Secara literalnya, tawasul ini bermaksud perantaran/memyampaikan. Kita menggunakan para anbiya' alaihumussalam atau awliya' untuk menjadi perantaraan/asbab atas kesolehan dan amalan mereka itu untuk Allah SWT memakbulkan doa kita.
Nak hantar surat ke menteri besar, mestilah melalui S/U untuk disampaikan kepada menteri tersebut. Kita ni org marhaen mana nak pandang surat kita walaupun kita letak bedak wangi ke, bedak sejuk makcun ke, melainkan kita guna perantaraan yakni S/U untuk menyampaikan hasrat kita.
Jangan kerana kejahilan yang berdaki didada itu kita menyesatkan dan gelar-menggelar sesama sendiri. Tak setuju dengan tawasul tak mengapa, yang salahnya adalah menyesatkan dan mensyirikkan org bertawasul. Hati-hati wahai tolibul ilm. Banyak ulama yg mengharuskan bertawasul. Pagi tadi di radio ikim juga sheikh nuruddin ada sentuh mengenai tawasul. Maka hati2lah wahai tolibul ilm. Kita dengan ulama, bezanya kita kuman dikaki mereka pon kita x layak. Astaghfirullah. Carilah titik persamaan agar kita peroleh persaudaraan. Jangan cari titik perbalahan yang boleh jadi perpisahan. Islam itu bersaudara.
Moga kita dikurniakan hati yg bersih dan lidah yg santun serta hidayah dan taufiq untuk kita mengharungi zaman FITAN. Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment