Friday, December 4, 2015

Ancaman Fahaman Sesat

Kini ASWJ diserang dari pelbagai sudut. Dalam dan luar, diserang bertubi-tubi.

Mereka senantiasa mengatur strategi untuk menghilangkan ASWJ dari sejarah dunia Islam. Mereka menusuk jarum fahaman mereka dengan "Zukhruful Qaul" yakni kata-2 yang indah untuk mempengaruhi masyarakat agar tergoda dengan pemikiran mereka.

Seperti sedia maklum bahawa banyak musuh kita yang datang dari dalam. Seperti Syiah,Muktazilah,Khawarij,Jabariah, Wahabiyah dan sebagainya.

Tetapi jangan lupa, kita juga mempunyai musuh dari luar yang bertungkus lumus untuk menjatuhkan institusi ASWJ di Malaysia terutamanya. Seperti Liberalisme , Sekularisme , Pluralisme dan Isme2 yang lain. Tetapi yang paling aktif dan rancak di negara kita ialah Sekularisme dan Liberalisme.

Fahaman kedua ini meresap masuk kedalam pemikiran anak muda dan sistem politik. Mereka masuk secara halus sehingga pandangan Helang juga kabur tidak kelihatan. Anak muda yang tidak mempunyai latar belakang agama dan tidak ada asas agama, mudah terpedaya dengan ajakan dan rayuan mereka. Bahkan orang agama juga terpengaruh dengan fahaman tersebut akibat hijab yang begitu tebal lapisnya melekat dihati.

Berusahalah kita menyelamatkan anak muda daripada terkena virus fahaman yang terkeluar daripada landasan ASWJ.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment