Monday, December 7, 2015

S A H A B A T S E J A T I


Ya Sahabat.
Semua orang mahukan seorang sahabat yang boleh menerima baik buruk kita. Segala kelemahan kita dia menjadi kekuatan untuk kita. Dan segala apa yang ada pada kita dia boleh terima dengan seadanya. Tidak ada pertelingkahan dan sebagainya. Siapa yang tidak mahu sahabat yang sebegini rupa.

Tetapi bukan mudah nak mencari permata diantara celah cerminan yang berkilauan. Kadang-2 tersalah pilih, luka berdarah jari ni. Lalu dipulihkan tetapi luka kembali kerana tersalah memilih atas sebab terlalu gopoh untuk menerima seseorang itu sehinggalah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita iaitu seorang Sahabat yang segalanya untuk kita.

Admin juga punya sahabat. Mula-2 apabila admin mula kenal dia, admin harap dia boleh jadi sahabat admin di tempat belajar admin. Setahun lebih admin berkawan dengan dia. Pada suatu hari, admin dapat asrama dan dia duduk diluar (rumah sewa), tambahan pula dia kos lain , admin pon kos lain maka jarang jumpa dan jarang berhubung. Lama kelamaan dia hantar "Whatsapps" kat admin yang dia minta halal segala apa yang dia guna dan makan dari admin. Admin fikir " apehal mamat ni" lalu dia teruskan perbualan dia bahawa dia tidak mahu berhubung dengan admin kerana ada masalah tertentu. Admin terkedu seketika kerana seorang yang admin rasa boleh jadi sahabat buat begitu. Sebak weh kalo korang jadi macam admin. Tapi admin pon kata " Aku pon minta maaf kalau selama kita kenal 1 tahun lebih ni ada buat salah silap dan sebagainya dan mohon halal segalanya " .

Terus dia block admin dari Whatsapps, Instagram dan FB. Jadi dalam dua tiga hari juga admin agak sedih kenapa lah dia buat begitu sekali kat admin. Takpe lah. Takkan kita nak terhegeh-hegeh berkawan dengan orang yang taknak kawan dengan kita. Buang masa dan Buat sakit hati je.

Tapi tu la. Bukan mudah nak dapat sahabat yang sejati. Bila dah jumpa dan dapat, terus peluk erat agar tidak putus daripada hubungan persahabatan.

Kalau boleh terus bersahabat hingga ke Syurga.

Imam Hasan al-Basri berkata
" Bersahabatlah dengan orang yang soleh kerana mereka boleh bagi syafaat diakhirat kelak "

Wallahu'alam.

Admin rindu dekat sahabat Admin... hmm

No comments:

Post a Comment