Cinta Islamik
Ya memang tidak dinafikan. Ia dikabur oleh bayangan agama. Pada zahir kelihatan cukup sempurna. Bila diselak batinnya, aduh sahabat ! penuh nanah dan ulat sampah.
Kadang-2 Abang Lebai dan Kakak Purdah juga tersungkur kerana tergoda atas nama "Cinta Islamik". Ana enti diguna dalam perbualan. Nasihat menasihati antara satu sama lain. Waduh, macam dunia ini ana yang punya...
Sebelum tidur, ingatan al-Mulk dan al-Kahfi berdering dikaca handphone. Ingatan Qiyam juga turut terserta.
Ya. Siapa saja yang tidak mahu bercinta. Semua mahu bercinta. Lumrah manusia itu pasti berkeinginan terhadap cinta. Tapi sahabat, jangan tersalah langkah walaupun diatas nama "Agama".
Ingatlah Syaitan berjanji kepada Allah SWT bahawa dia akan menyesatkan anak Adam as hingga ke hari Qiyamat. Allahu Allah.
Andai tersungkur, bangun semula dengan Iman yang baru. Jika ada yang cerca, tepis sahaja langau yang berterbangan itu.
Bismillah, Pasang niat Cinta "Lillahi Taala".
Jika benar kamu mencintai dia, maka sucikanlah dia. Jangan kau kotori sebelum ada hubungan yang sebenar. Kerana kesan dia akan terlihat pada zuriat yang dilahir kemudian hari. Jika suci maka lahirlah pahlawan agama seperti mana kisah Imran dan Isterinya. Atas niat yang suci. Niat kerana Allah SWT, bukan nafsu serakah, maka lahirlah tokoh wanita yang agung, iaitu Mariam as.
Wahai sahabat, Mulakan langkah baru. Langkah sejarah, jadikan suatu cerita pengajaran dan pembelajaran untuk guna dimasa hadapan.
Wallahu'alam.
[NASIHAT ATAS PENGALAMAN]
No comments:
Post a Comment