( B A J R A N G I B H A I J A N )
Kisah ingin menggambarkan berkenaan sebuah keluarga yang beragama Islam yang tinggal di Sultanpur,Pakistan. Seorang perempuan telah melahirkan seorang bayi perempuan yang bisu namun tidak pula pekak. Diberi namanya Shahida.
Suatu hari, Datuknya menyuruh ibunya pergi ke Maqam Nizam awliya di India untuk bertawasul agar dikurniakan satu keajaiban terhadap Shahida. Maka,seusai ziarah maqam tersebut, ibunya terus pulang ke negara Pakistan. Sebelum smpai ke sempadan Pakistan, keretapi yg dinaiki oleh ibunya itu berhenti akibat ada masalah. Maka Shahida itu keluar dri gerabak kerana ternampak seekor anak kambing berada didalam lubang untuk diselamatkan. Tetiba keretapi tu bergerak tanpa sebarang isyarat. Maka Shahidah ditinggalkan di india.
Ringkas cerita, Shahida bertemu dengan seorang lelaki bernama Pawan atau dikenali sebagai Bajrangi Bhaijan yg menganuti agama Banjrangi bali (mungkin agama yg berada dibawah agama hindu). Agama tersebut mendidik penganutnya agar berkata jujur, tidak boleh makan daging, tidak boleh masuk masjid dan berlaku baik terhadap org.
Pawan/Bajrangi Bhaijan ini ingin berkawin dengan seorang wanita yg mempunyai pangkat yg tinggi disisi masyarakat India. Maka syaratnya mesti mempunyai sebiji rumah dalam tempoh 6 bulan. Lalu dia bekerja untuk memenuhi hajatnya. Sementara itu, Shahida itu duduk bersama keluarga perempuan tersebut.
Tambahan pula, Shahida seorang yg bisu, maka mereka tidak tahu yg Shahida ini dtg dari mana. Maka, pada ketika itu ada pertandingan kriket antara Pakistan dan India. Maka pertandingan tersebut dimenangi oleh Pakistan, maka Shahida juga turut serta gembira atas kemenangan tersebut. Maka ketahuilah Shahida itu berasal dri Pakistan. Negara India dan Pakistan tidak sebulu, maka si ayah perempuan itu menyuruh Pawan itu hantar kembali Shahida ke Pakistan.
Pendek cerita...
Pawan masuk kedalam Pakistan dengan cara haram atas bantuan seorang lelaki bernama Babo Ali melalui terowong rahsia. Jadi, Pawan sebagai penganut agama Banjrangi Bali, tidak boleh menipu. Lalu dia duduk disitu sehingga polis hadir untuk mendapatkan keizinan. Atas keberkatan niat yg murni, dia dilepaskan tanpa visa/pasport.
Setibanya dia di Pakistan, Shahida melihat satu gambar di Kalendar yg seakan mirip perkampungan dia. Dia mengisyaratkan kepada Pawan, bahawa itu kampung dia. Mereka tu sebenarnya dalam buruan polis kerana disyaki sebagai Perisik sebab takde pasport.
Sebelum itu, mereka bersama wartawan lelakk bernama Chawand, Wartawan ini berhasrat liputannya menjadi hangat dipasaran. Tetapi kesemua beritanya sperti hambar. Haha serious lawak !
Maka Chawand itu bertemu dengan Pawan dan Shahida.
Pawan itu berasa putus asa, lalu dia ingin menyerahkan Shahida itu kepada pihak polis. Tetapi dibantah oleh wartawan tersebut kerana dia tahu pihak polis akan hantar budak tu ke pusat kebajikan. Lalu ada seseorang lelaki Pakistan Muslim menyuruh mereka pergi ke Maqam Hazrat Amin Shah untuk bertawasul.
Sampainya mereka disana, mereka join sekaki umat Islam melantunkan Syair2 dan Doa Tawasul di Maqam tersebut. Si Wartawan itu mengambil kesempatan untuk merakam dan terus masuk kedalam youtube kerana rakaman dia tidak diterima oleh mana2 stesen tv. Maka pihak polis sampai ke tempat tu untuk tangkap mereka. Mereka sempat lari dan tumpang sebuah bas yang menuju ke SultanPur iaitu tmpat tggl Shahida.
Dipendekkan lagi ceritanya, si Shahida sudah bertemu dengan ibunya ( part ni sedih kalo tengok cite dia ), Si Pawan pula tertangkap dan didera oleh polis Pakistan. Oleh kerana keberkatan niat yg suci, rakaman Chawand tersebar luas dan menjadi bualan hangat masyarakat Pakistan dan India. Kisah seorang Rakyat India yg sanggup korbankan nyawa demi menyatukan tali keluargaan rakyat Pakistan tanpa ada habuan.
Dalam rakaman tersebut, menyuruh rakyat Pakistan dan India bangkit menuntut bela terhadap Bajrangi Bhaijan. Mereka berkumpul disuatu sempadan antara Pakistan dan India, iaitu Nowarla (tak silap la). Maka Pawan/Bajrangi Bhaijan ini dilepaskan dan hantar ke negara seberang iaitu India dengan sahutan " Demi Bajrangi Bhaijan ". Si Kecil Shahida berlari untuk memberi penghormatan dan Kasih syg terakhir, tetapi dia bisu. Dia cuba menjerit. Dengan kuasa Allah dan berkat tawasul ibu dia di Maqam Nizamudin Awliya', suara dia terlontar dengan panggilan "Pakcik".
Pawan menoleh belakang dan berlari menuju Shahida untuk memberi pelukan sayang. Maka semua orang bertepuk tgn, ada yg menangis dan admin pon menangis... huuuu
Maka berakhirlah kisah 2 orang yang berbeza agama tetapi bersatu atas dasar Cinta dan Kasih Sayang.
Menangis admin tengok cite ni.
Niat nak study tapi dah layan movie, jadi terbantut pulak. Apa2pun banyak admin dapat dripd kisah ni. Mmg x nafi, byk nilai murni dan pengajaram kita boleh amik. Cite melayu? Tak habis2 lawak dan Cinta. Muak pon ada, adeh..
Terima Kasih :)
Filem ni mmg best. Terima kasih atas review saudara.
ReplyDeleteFilem ni mmg best. Terima kasih atas review saudara.
ReplyDeleteSekarang layanbkat tv2
ReplyDelete