Saya nak sentuh sedikit berkenaan dengan menuntut ilmu.
Sejak era pemodenan yang kian membara dizaman ini, cara pengambilan ilmu ini ada banyak cara. Salah satunya, dengan menggunakan "Search Engine" untuk mencari sebarang maklumat mahupun berkaitan dengan ilmu ataupun tidak. Tambahan pula 'Youtube' yang mana Asatizah sakan berkongsi ceramah dan pengajian di 'Youtube'. Ia tidak menjadi masalah kerana ia mungkin menjadi kebaikan dan manfaat bagi orang yang tidak ada kemampuan untuk hadir ke majlis ilmu. Tetapi walaubagaimanapun, ia tetap ada keburukannya.
Lihatlah anak muda zaman sekarang. Memang tak dapat nafikan bahawa anak muda dan masyarakat zaman sekarang minat kepada Islam. Tetapi cara dan method untuk memahami Islam itu ada salah. Menuntut ilmu bukanlah hanya 'Connect Wifi' dan buka Youtube , Google dan sebagainya.
Ketahuilah bahawa ilmu itu diterima dalam 4 keadaan :
1. Guru
2. Murid
3. Alat
4. Kitab
Dan sebelum menuntut ilmu itu, persiapkan segala ilmu adab kerana Adab adalah Tuan segala Ilmu. Tanpa ada adab maka tiadalah ilmu. Ia menjadi sekadar Maklumat !
Ibnu Mubarak mengatakan bahawa mafhumnya " Aku menuntut ilmu adab 20Tahun baru aku mencari ilmu yang lain ".
Ilmu itu mestilah bersanad. Bagaimana nak dapat sanad? Mestilah menuntut ilmu itu secara 'TALAQI' iaitu face2face dengan guru yg mengajar.
" Jikalau ilmu agama itu tidak bersanad, maka mudahlah manusia berkata dan bercakap berkaitan dgannya " - Sheikh Nuruddin al-Banjari Azharus Tsani Hafizahullahu Taala.
Maka dapat kita lihat, kenapa ramai anak muda mudah terpengaruh dengan fahaman sesat seperti Syiah , Muktazilah , Liberalisme , Sekularisme , Wahabi Salafi dan sebagainya. Kerana mereka tidak menjalani disiplin ilmu yang diwarisi dari Rasulullah SAW, Para Sahabat r.anhum, Para Tabiin, Para Tabi' Tabiin dan Salafussoleh. Maka mereka mudah terjebak dengan fahaman yg terkeluar daripada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.
" Apabila kita menerangkan tentang kebenaran, mereka mengatakan kita tunjuk alim dan berlagak banyak ilmu. Bila kita ajak gi menuntut ilmu, taknak pulak "
Wallahu'alam

Cantik syam zzzzzz.,nyah wahabiyah dri malaysia..
ReplyDeleteHaha terbaik mattop ! Haha
Delete