Friday, October 7, 2016

Muhasabah dan Muhasarawak Diri kita.

Suatu hari Si Ahmad ni pergi ke satu program Motivasi yang dianjurkan oleh NGO Islam di Perak.

Sejam sudah berlalu Ahmad berada didalam program tersebut. 
Tiba-tiba perut Ahmad terasa memulas yang teramat pedih. Pada masa yang sama, Motivater tersebut memberi satu nasihat yang samar " Apabila kamu semua pergi ke tandas, Sebelum keluar daripada tandas, lihatlah dirimu dicermin seketika sebelum langkah keluar. " 

Ahmad tidak menghiraukan nasihat tersebut kerana tumpuannya dicuri oleh sakit perutnya yang sedang memulas. Tanpa pedulikan apa yang berlaku, Ahmad bangun dengan pantas terus menuju tandas lelaki yang berada di belakang dewan tersebut.

Berlarian Ahmad kerana terasa dihujung pangkal dah. Kalau tak... habis berterabur dikaki lima dewan tersebut. 

Berlari tanpa menghiraukan orang yang berada disekelilingnya lalu masuk kedalam tandas yang kosong. 

Ahmad terus buka seluar dan spendernya. Matanya mencari penyangkut baju yang kebiasaannya dilekatkan di tepi dinding. Malangnya hanya ada satu cabang sahaja yang ada. Satu lagi patah. Ahmad pon sangkut seluar 'Slack'nya. Tanpa memikirkan apa yg terjadi, Ahmad menyarung seluar dalamnya di kepala lalu dengan penuh kepuasannya, Ahmad buang hadas besar yang lama dia menanggung ketika dia berada di dalam dewan tersebut.

Fuh.... 
Lega yang teramat..
Umpama melepaskan beban 100kg diatas kepala...
Selepas habis semuanya.. 

Ahmad terus menyarung seluar 'Slack'nya dan kemaskan ikatan tali pinggan berjenama Edwin berwarna hitam. Ahmad terus keluar tanpa melihat cermin yang terpampang besar berhadapan dengan tandas yang dia masuk tadi.

Bila saja dia membuka pintu dewan, semua peserta memandang dia.
Berdekah satu dewan melihat Ahmad. 

Baru Ahmad sedar bahawa dia lupa nak cabut seluar dalam yang dia sarung diatas kepalanya.. Hahaha.... Habis tercalar maruah Ahmad... 
Ahmad lari keluar kembali ke tandas untuk pakai semula seluar dalamnya. Betul lah apa yang Motivater tadi sebut. Sebelum keluar daripada tandas, lihat dahulu cermin dan cermin diri kita. Mungkin kita akan lihat ada kekurangan yang ada pada diri kita seperti tali leher senget, zip seluar tak tutup atau sebagainya.

Maka daripada kisah ini, kita dapat simpulkan bahawa, sesekali kita perlu cermin diri kita, kata mudahnya ialah Muhasabah diri. Hitung diri kita, apakah yang kita lakukan pada hari ini. Adakah kita telah melanggar had-had yang telah digariskan oleh syarak atau tidak. Apakah kesan kalau kita langgar had tersebut? Nanti jadi macam Ahmad lah.. Habis malu. Malu didunia takpe lagi. Bila diakhirat nnt Allah tonjolkan perbuatan kita didunia di khalayak umat manusia yang tidak terhitungnya bilangan mereka. Mana nak letak muka?. Allah dah bagi peringatan, seperti Moderater tadi memberi peringatan, tapi kita anggap benda tu remeh " alah... bende kecik je ".. mungkin kita pandang perkara tersebut kecil, tetapi mungkin besar disisi syarak. 

Wednesday, September 28, 2016

MANA MILIK KITA?

Manusia lemah.
Semua ciptaan Allah, lemah belaka.

Abuya Asy'ari ( Syeikhul Arqam ) selalu berkata :
" ALLAH BELAKA ! ".

Apa-apa sahaja, beliau berkata ketika mendapat nikmat atau bala.
Kerana semua yang ada pada kita dan sekeliling kita, nikmat mahupun ujian itu adalah daripada Allah SWT. Kekayaan itu juga dari Allah. Kepandaian dan Kefahaman itu juga karunia Allah. Kemiskinan dan bodoh itu juga karunia Allah. Tidak ada satupun milik kita. Tidak ada satupun dibawah kekuasaan kita. Kita tidak mampu berbuat apa melainkan " Dengar dan Taat ". 

Manusia memang lemah.
Nak lihat Matahari pun tak mampu. Apetah lagi melihat Zat Allah SWT. Maha Suci Allah daripada menyerupai sifat makhluk.

Yang hanya kita nampak ialah biasan daripada sinaran matahari tersebut. Dengan biasan itulah kita mula mengenali makhluk yang bernama Matahari. Begitu juga Allah. Kita kenali Dia dengan kesan KekuasaanNya, kesan Iradat dan Qudrat-Nya iaitu makhluk yang ada dimukabumi ini. Kita lihat dan teliti, maka kita akan lihat besar sungguh KeagunganNya. Siapa yang mampu cipta ciptaan yang begitu hebat kalau bukan HANYALAH ALLAH SWT.

Cuba kita renung kembali.
Tafakkur seketika.
Curi waktu.

Merenung dan menilik masa hadapan kita diakhirat kelak.

Tanya diri kita, Mana milik kita?

Tanya diri kita, Siapa kita?

Wallahu'alam.

Moga Allah SWT tetapkan hati kita, hidup dengan iman, mati dengan iman, bangkit di Mahsyar nanti pun bersama dengan orang beriman. Aameen.

Tuesday, September 27, 2016

UTAMAKAN APA YANG SEPATUTNYA KITA UTAMAKAN.

Aku lihat pada era ini, ramai anak remaja yang suka dan seronok mempelajari Ilmu Hadis atau dikenali sebagai Pengajian Sunnah. Ya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Ilmu tersebut begitu berharga. Walaubagaimanapun, untuk mempelajari Ilmu Hadis atau Ilmu Sunnah, tidak dapat tidak kita kena mempersiapkan segala ilmu asas untuk kita terjun kedalam dunia Ilmu Hadis. Para alim ulama Mutaqaddimin(Dahulu), sebelum mereka mahir dalam dunia Hadis, mereka sudah alim dalam ilmu Hal ( ilmu Fardhu Ain ).

Apakah yang dimaksudkan oleh Ilmu Hal? 

Ilmu hal atau Ilmu Fardhu Ain ialah terbahagi kepada 3 :
1) Ilmu Tauhid 
2) Ilmu Feqh
3) Ilmu Tasawuf ( Akhlak )

1.1 . Ilmu Tauhid ini untuk mengesahkan I'tiqod ( Pegangan kita ) 

2.1 . Ilmu Feqh pula untuk mengesahkan Amal ibadat kita

3.1 . Ilmu Tasawuf ini adalah untuk mengesahkan penerimaan amalan kita.

Sheikh Zurnuji ra berkata didalam kitabnya Ta'lim Muta'alim Thoriqul Ta'alum :
" Tidaklah Wajib keatas Muslimin dan Muslimat untuk mempelajari kesemua ilmu, tetapi Wajib untuk dia mempelajari Ilmu Hal "

Maka apabila kita sudah kemas terhadap asas ketiga-tiga ilmu ini, Pelajari pula ilmu alat. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu alat?.

Ilmu alat ini adalah ilmu untuk mengenali selok-belok sesuatu ilmu. Seperti ilmu Balaghah yang ada padanya Ilmu Bayan, Ilmu Maani, Ilmu Badi', Nahu dan Sorof. Ilmu ini juga perlu kita pelajari sebelum kita masuk ke dunia ilmu yang lebih tinggi seperti Ilmu hadis dan sebagainya. Kerana untuk memahami al-Quran dan as-Sunnah tersebut, bukan hanya baca dan keluarkan hukum daripadanya. Tetapi kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan sekian ayat dan sekian perkataan. Terutamanya dalam permasalahan ayat Mutasyabihat. Untuk memahami ayat Mutasyabihat tersebut bukan sekadar membaca melalui bacaan Zahir. Seperti ayat ' Ar-Rahman Istiwa 'Ala Arasy '.  Ramai yang faham bahawa Allah itu duduk diatas Arasy sedangkan para Ulama Mutaqaddimin Ahli Sunnah Wal Jamaah, mereka mentakwilkan perkataan Istiwa itu adalah berkuasa terhadap Arasy. Dan ada juga Mentafwidhkan(menyerahkan) maksud tersebut kepada Allah. Kebiasaannya mereka akan sebut " Wallahu'alam". 

Maka kita kena tahu mana yang lebih Awla untuk kita pelajari. Bukan tak boleh belajar Ilmu Hadis tetapi kita kena tahu tahap kedudukan kita ini dekat mana. Bila kita tahu dan sedar kedudukan kita, maka kita akan bersikap seperti diri kita bukan seperti orang lain. Seorang pelajar apabila dia tahu bahawa dia adalah pelajar, maka dia akan jadi pelajar. Tetapi jika pelajar itu berasa bahawa dia adalah Guru, maka dia akan berlagak seperti Guru sedangkan dia adalah seorang pelajar. Maka binasalah dia pada ketika itu dan akan datang. 

Moga Allah SWT memberi kita hidayah dan taufiq untuk kita menjalani kehidupan di atas muka bumi yang Fana ini.

Wallahu'alam.
al-Faqir Musytaq

Wednesday, July 27, 2016

Keputusan Melulu !

Entah lah.

Kadang-kadang aku selalu bertindak melulu. Tanpa memikirkan apa yang akan terjadi masa depan.
Aku rasa pandangan aku dan tindakan single aku ini sudah memadai untuk membimbing aku kepada kejayaan dalam kehidupan Duniawi mahupun Ukhrawi.

Selepas aku buat keputusan tanpa bersepakat dengan akal yang cergas, Perasaan menyesal itu datang menjengah masuk kedalam hayalan aku.

" Apa aku buat sebelum ni? Kenapa aku bertindak sedemikian rupa? Kan bagus kalau masa boleh ulang kembali "

Mesti perkara ini bermain diminda dan sentiasa diulang kembali apabila perkara yang sama dilakukan.

Aku rasa aku sudah cukup terbaik tanpa memerlukan pandangan dan cadangan mahupun buah akal daripada sesiapa termasuk Mak dan Ayah serta Adik beradik sahabat handai.

Ahhhhhh.... !

Kenapa aku buat macam ni?
Kenapa aku jadi bodoh macam ni?
Kenapa aku selalu buat tanpa menggunakan akal?
Kenapa aku mesti turutkan nafsu ini?

Ya..
Aku akui.
Penyesalan ini hanya seketika.
Untuk menyedarkan hati yang alpa.

Tetapi ia pasti akan berulang. Dan terus berulang kerana aku ini hanya Manusia.. Tetapi sampai bila?
Itulah Pujangga pernah berkata : Ikut Iman berjaya, Ikut Nafsu Binasa

Iman bagaimana?
Iman itu mestilah berpandukan kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Bagaimana al-Quran dan as-Sunnah itu mengajar umatnya untuk berfikir dan bertindak dalam sesuatu perkara? Jika sepakat dengan ajaran keduanya, maka berjayalah seseorang itu. Jika sebaliknya? maka binasalah kerana selain daripada ajaran al-Quran dan Nabi SAW adalah ajaran Thagut ( Syaitan ) . Allah SWT berfirman didalam al-Quran mafhumNya : Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.

Aku akui
Aku lemah dalam menentukan sesuatu keputusan
Aku jasad yang bernama Manusia.
Yang mempunyai ruang rongga tidak tertutup.
Ya .
Manusia lemah.


Monday, July 4, 2016

Siapa Yang Boleh Saya Salam?

Haa ! Hari Lebaran bahangnya semakin terasa. Umat Islam terutamanya di Negara Malaysia ini kelam kabut untuk mempersiapkan segalanya demi menyambut Hari Lebaran, iaitu Hari Kemenangan bagi Umat Islam. Ada yang sudah sampai dikampung. Ada yang tengah siap-2 nak kemas baju, packing baju kedalam beg untuk pulang ke kampung halaman. Ada yang tak balik kampung. Dan semua yang sedang bersiap-siap untuk meraikan Hari Raya AidilFitri. 
Disini saya bukan nak cerita tentang Hari Raya ke Baju Raya, Bini Raya. Tak Tak bukan bukan. Saya cuma nak cerita dan berkongsi sedikit berkenaan dengan susana hari raya. Kita ni kalau dah balik kampung, tengah sambut hari raya, perasaan gembira tu memang tak dapat nak dikawal sebab ye la kan.. jumpa sanak saudara, opah atok mak sedara ayah sedara semua lah yang dah beberapa abad tak jumpa. jumpa kawan-2 yang lama dan yang baru, maka tak ingatlah apa yang patut dijaga. Apa yang nak di jaga?. Perut? Eh perut tu mesti la kena jaga.. Hahaha.. Habis nak jaga apa korang?... Haa Saya nak bagi tahu.. yang kena jaga, yang kena kita ambil berat dan prihatin ialah "Siapa Yang Boleh Saya Salam". Kadang-2 kita main hentam je, Minah ni hulur tangan, kita pon laju je nak sambar tangan dia.. Waittttt !!! Hold On dulu.. Sebelum nak bersalam-salaman, kita belek dulu carta di bawah ini. Dengan siapa yang kita boleh salam, dan siapa yang kita tak boleh salam. Carta dibawah khas untuk Kaum Lelaki. Bolehlah cuba jenguk-2, perhati elok-2 siapa yang boleh kita salam dan siapa yang kita tak boleh salam. Ada beza warna kelabu dan kuning. Warna Kelabu tu orang yang kita boleh salam. Dan yang warna kuning itu orang yang kita tak boleh salam. 
Boleh Paham tak? Senang je kan nak faham.. Sebelum nak balik kampung, atau sebelum nak bersua muka dengan orang luar atau sanak saudara, kita ulangkaji dulu carta ini. Baru kita selamat Dunia dan Akhirat. 
Dibawah ni pula, adalah carta bagi Kaum Perempuan pula. 
Pahamkan kaum perempuan? Nak bersalam dengan siapa, Nak bergaul dengan siapa. InsyaAllah Moga ia memberi manfaat kepada kita dan manfaat kepada orang lain. 

Contoh kalau tetiba ada orang hulur tangan, yang hulur tangan tu bukan Mahram kita, macam mana kita nak buat?. Ada beberapa langkah yang kita boleh buat :

1. Buat acah-2 orang call kita. Maka kita terlepas daripada salam dengan dia. Lepas beracah-2, jumpa dia balik.
2. Bila dia nak salam dengan kita, kita kata tangan kita sakit, ada jangkitan kuman ke, ada kudis ke, konferm dia taknak salam. muahahah
3. Atau agak sopan sikit, bila dia nak salam, kita tunduk sikit kepala kita atau angkat sikit dua tangan kita untuk bagi isyarat " eh eh takpe2 " haa macam tu lah..
4. Kalau nak kejam, bila dia nak salam, buat dekk je.. kalau kau buat mcm ni, hahahah konferm beraya kau. hahah
5. Kalau nak senang, takyah keluar bilik, ko raya je dalam bilik sorang-2, atau buat siaran langsung kat Facebook atau Skype raya dengan kawan-2. takde kena salam. haha

Bukan apa, kita kena jaga keharmonian dan adab dalam Islam ketika beraya. Islam tidak melarang kita untuk kita bersuka ria, bergembira tawa dan sebagainya. Tetapi Islam letak garis panduan, garisan had agar kita tidak melebihi daripada garisan tersebut. Islam ini tidak mengongkong umatnya untuk bebas tetapi Islam ini amatlah sayang kepada umatnya agar tidak terjebak dengan gejala atau perkara yang tidak diingini berlaku. Biasalah kita ni manusia. Asal perkataan "Naasi" yang membawa maksud pelupa.

Seperti Sabda Rasulullah SAW : " Manusia ini tidak akan sunyi daripada kesilapan dan lupa " Aw kama qol.

Wallahu'alam.
Share-share la kat sahabat ye, agar mereka juga dapat menjaga adab ketika menyambut Hari Lebaran ini.
Ok Selamat Hari Raya ye semua.... Maaf Zahir Dan Batin. Kalau nak datang raya, datang le.. Rumah saya di Kg Manjoi Ipoh Perak. Belakang Mydin Manjoi Je hehhehehe.. ok Assalamualaikum.. Muahh Muahh

Tuesday, March 1, 2016

Dakwah dan Pendakwah

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Hehe lama dah x berblogging. Disini nak cerita sedikit ttg pendakwah dan dakwah

First of all, apa itu pendakwah? Pendakwah ni mereka yang mengajak ke arah kebaikan. Sesiapa sahaja yang mengucapkan 2 kalimah syahadah, dia wajib berdakwah. Bukan mereka yang dari sekolah agama sahaja ye. Jangan guna alasan bukan dari sekolah agama untuk tidak berdakwah sebab kita ada banyak masa dan banyak cara untuk belajar agama.


Bukan sahaja mereka yang bergelar ustazah atau ustaz, dan bukan juga yang memakai serban dan tudung labuh. Kan da kata tadi, bila kita dah ucap 2 kalimah syahadah, maka kita wajib berdakwah. Termasuk yang seksi-seksi tu? Ya, termasuklah mereka selagi mereka Islam. Cumanya mereka antara pendakwah yang gagal, gagal menjadi hamba Allah yang mematuhi perintahNya. Kadang-kadang kita pun macam tu ye dak? Cumanya dosa kita dan dosa mereka mungkin tak sama... So, don't easily judge people..


ok, next. Syetaq bukan nak menghina pendakwah ye. Cumanya dalam berdakwah, mungkin ada kesilapannya termasuklah syetaq. Mungkin mereka tak sedar dan tak ditegur. Moga teguran ini membuka hati untuk berubah dan buat syetaq bertambah baik.. ameen..


Kesilapan dalam berdakwah


1. Menegur di khalayak ramai


"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu" (Imam As-Syafie)


Pernah buat? Ya, niat kita baik. Tapi kalau kena kat diri kita sendiri, malu ya amat. Kita malu dosa kita diketahui umum. Sebaiknya gunalah cara yang lebih baik iaitu bercakap secara sulit atau message je. Kalau kat laman sosial, buatlah private msg, usah post kat wall dia yang boleh ditatap ribuan pembaca.


2. Menegur kesalahan padahal dia turut lakukan.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan seseuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" 

(Surah As-Saff ayat 2-3)

Firman Allah lagi,


"Mengapa kamu menyuruh orang lain melakukan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri." 

(Surah al-baqarah ayat 44)

Pernah buat? Tidaklah bermaksud nak tegur orang kena perfect. Cumanya, jika kita turut lakukan perkara yang sama. Anggaplah mereka itu reflection dosa kita. Pendek kata "cermin". Sebagaimana buruk kamu lihat orang lain lakukan, begitu juga buruknya bila kamu yang lakukan.



3. Menegur dengan cara yang kasar.


"Mereka yang menegur tetapi secara kasar lagi menyakitkan, samalah ertinya memberi makanan yang lazat-lazat kepada fakir miskin, tetapi diberi dengan cara melemparkan-lemparkan makanan" (Ustazah Fatimah Syarha).


Nauzubillah. Bagaikan sedang merawat pesakit, dalam masa yang sama menambahkan lukanya. Sungguhpun baik nasihat tu, siapa sudi menerimanya kalau begitu caranya. ye dok?


Jangan pula berdakwah semata-mata nak orang terasa, itu MENYAKITI namanya.


4. Berlagak dengan ilmu yang dimilikinya


Allah berfirman dalam hadis Qudsi,


"Sombong itu adalah selendangKu dan keagungan itu adalah sarungKu. Barangsiapa yang merampas salah satunya dariKu, Aku lemparkan dia ke neraka Jahannam" (Riwayat Abu Daud)


nauzubillah. Buat apa nak bangga dengan ilmu yang ada. Sekali kena ketuk, lupa terus. 


5. Beri dakwah dengan cara mengaibkan


Niat tidak menghalalkan cara. Contohnya kat facebook, nak tegur perempuan tak pakai tudung. Tapi macam-macam gambar dan cara diorang edit untuk memerli perempuan itu. Agaknya makin ramai yang nak pakai tudung ke kalau gini caranya? Mereka berhak mendapatkan teguran yang baik. 


6. Menggunakan logik akal semata-mata.


Memang kita dikurniakan akal untuk berfikir. Tapi ada certain yang tak mampu dicapai oleh akal. Kalau tak tahu, jangan pandai-pandai nak reka statement sendiri. 


7. Tidak membuat rujukan kepada yang lebih pakar


Maksudnya, dia sendiri tidak yakin dengan apa yang dia bagitahu tapi dia tetap nak sebarkan sebab difikirkan baik. Akibatnya tersalah sampaikan maklumat. Lebih bahaya, ilmu itu dia belajar tanpa guru. Buat kefahaman sendiri. Mungkin itu yang terhasilnya ramai pengikut-pengikut sesat kat dunia nih.


Lebih teruk lagi, tidak mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah. Apatah lagi, menentang Ulamak. 


Maka disini, kesimpulannya ialah, Berdakwah bil Hal wal Hikmah. Kadang2 kita berdakwah sehingga kita tidak sedar bahawa hati mad'u itu disakiti bukan kerana dakwah kita ttpi kerana sikap kita dalam berdakwah. Terutamanya anak muda, yg berdarah muda.. jangan nak berdakwah saje tp tasawuf(akhlak dan adab) takde. Wallahu'alam

Wednesday, February 3, 2016

Hikmah Perancangan Allah untuk Aku 1

Aku anak kelahiran Perak
Selepas habis SPM dan dapat result yg memuaskan (Alhamdulillah). Aku berhasrat nak masuk Universiti Islam Antarabangsa(UIA). Solat hajat dan Doa tidak putus ku panjatkan kepadaNya. Bila result UPU dah keluar, berdegup jantung bila nak check

Bila check,
Aku menangis.
Aku kata kat ayah 
" Ayah, kenapa org dapat U lain. Result org memang layak utk UIA. Tapi kenapa dapat Unisza "

First time dengar nama UNISZA.
Ayah bg semangat.
" Ada hikmah la tu Allah bagi kamu kat Unisza. Mana2 pon ok. Cuma kita nak belajar atau taknak "

Aku kurung diri aku selama 3 hari kerana tak boleh terima hakikat. Unisza? Aku fikir U apakah ni. Bila time pendaftaran, aku agak tak bersemangat. Sampai je ke bumi Terengganu, aku terasa ada spirit of Islam dan Khazanah Ilmu Islam.

Hampir 2 Tahun aku belajar di Unisza ni, baru aku tahu hikmah yang Allah nak berikan kepada aku. Ya ! Kita minta apa yg kita mahu. Tapi Allah bagi apa yg kita perlu. 

Pada mula proses pembelajaran di sini, bagi aku agak rumit kerana loghat Terengganu ni jarang didengari. Nak memahami kata2 lecturer disini juga bagi aku ada sedikit masalah. Kerana loghat mereka terlalu pekat untuk aku hadam. Hahaha. Lama kelamaan baru aku dapat hadam sikit demi sedikit.

Rupa-2nya Allah hantar aku ke sini, Dia mahu aku tadah kitab dan ilmu Universiti disini. Maha Suci Allah, bumi Terengganu ni kaya dengan ilmu turath. Di sini(Unisza) setiap hari ada pengajian talaqqi kitab. Bila senior kata " Kalau kamu betul2 ikut pengajian di Unisza, insyaAllah kamu akan jadi org profesional yg alim dalam pelbagai bidang. "

Dan sekarang aku berada di akhir Pengajian Diploma. Bagi aku, aku teramat bersyukur kerana aku ditempatkan disini yg mana disini aku belajar dengan pelbagai ilmu, aku kenal ramai sahabat yg hebat2, aku dapat jodoh, hahahahaha ehem2. Dan aku belajar ilmu pentadbiran dan kepimpinan dan macam2 la.

Satu je aku nak nasihat. Dimanapun kita belajar, tak kesah di oversea ke apa ke, tanam niat kita dtg ke U ni semata2 utk Allah dan Rasul, insyaAllah akan dipermudahkan semua perkara.

Sambung.....