Tuesday, March 1, 2016

Dakwah dan Pendakwah

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Hehe lama dah x berblogging. Disini nak cerita sedikit ttg pendakwah dan dakwah

First of all, apa itu pendakwah? Pendakwah ni mereka yang mengajak ke arah kebaikan. Sesiapa sahaja yang mengucapkan 2 kalimah syahadah, dia wajib berdakwah. Bukan mereka yang dari sekolah agama sahaja ye. Jangan guna alasan bukan dari sekolah agama untuk tidak berdakwah sebab kita ada banyak masa dan banyak cara untuk belajar agama.


Bukan sahaja mereka yang bergelar ustazah atau ustaz, dan bukan juga yang memakai serban dan tudung labuh. Kan da kata tadi, bila kita dah ucap 2 kalimah syahadah, maka kita wajib berdakwah. Termasuk yang seksi-seksi tu? Ya, termasuklah mereka selagi mereka Islam. Cumanya mereka antara pendakwah yang gagal, gagal menjadi hamba Allah yang mematuhi perintahNya. Kadang-kadang kita pun macam tu ye dak? Cumanya dosa kita dan dosa mereka mungkin tak sama... So, don't easily judge people..


ok, next. Syetaq bukan nak menghina pendakwah ye. Cumanya dalam berdakwah, mungkin ada kesilapannya termasuklah syetaq. Mungkin mereka tak sedar dan tak ditegur. Moga teguran ini membuka hati untuk berubah dan buat syetaq bertambah baik.. ameen..


Kesilapan dalam berdakwah


1. Menegur di khalayak ramai


"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu" (Imam As-Syafie)


Pernah buat? Ya, niat kita baik. Tapi kalau kena kat diri kita sendiri, malu ya amat. Kita malu dosa kita diketahui umum. Sebaiknya gunalah cara yang lebih baik iaitu bercakap secara sulit atau message je. Kalau kat laman sosial, buatlah private msg, usah post kat wall dia yang boleh ditatap ribuan pembaca.


2. Menegur kesalahan padahal dia turut lakukan.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan seseuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" 

(Surah As-Saff ayat 2-3)

Firman Allah lagi,


"Mengapa kamu menyuruh orang lain melakukan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri." 

(Surah al-baqarah ayat 44)

Pernah buat? Tidaklah bermaksud nak tegur orang kena perfect. Cumanya, jika kita turut lakukan perkara yang sama. Anggaplah mereka itu reflection dosa kita. Pendek kata "cermin". Sebagaimana buruk kamu lihat orang lain lakukan, begitu juga buruknya bila kamu yang lakukan.



3. Menegur dengan cara yang kasar.


"Mereka yang menegur tetapi secara kasar lagi menyakitkan, samalah ertinya memberi makanan yang lazat-lazat kepada fakir miskin, tetapi diberi dengan cara melemparkan-lemparkan makanan" (Ustazah Fatimah Syarha).


Nauzubillah. Bagaikan sedang merawat pesakit, dalam masa yang sama menambahkan lukanya. Sungguhpun baik nasihat tu, siapa sudi menerimanya kalau begitu caranya. ye dok?


Jangan pula berdakwah semata-mata nak orang terasa, itu MENYAKITI namanya.


4. Berlagak dengan ilmu yang dimilikinya


Allah berfirman dalam hadis Qudsi,


"Sombong itu adalah selendangKu dan keagungan itu adalah sarungKu. Barangsiapa yang merampas salah satunya dariKu, Aku lemparkan dia ke neraka Jahannam" (Riwayat Abu Daud)


nauzubillah. Buat apa nak bangga dengan ilmu yang ada. Sekali kena ketuk, lupa terus. 


5. Beri dakwah dengan cara mengaibkan


Niat tidak menghalalkan cara. Contohnya kat facebook, nak tegur perempuan tak pakai tudung. Tapi macam-macam gambar dan cara diorang edit untuk memerli perempuan itu. Agaknya makin ramai yang nak pakai tudung ke kalau gini caranya? Mereka berhak mendapatkan teguran yang baik. 


6. Menggunakan logik akal semata-mata.


Memang kita dikurniakan akal untuk berfikir. Tapi ada certain yang tak mampu dicapai oleh akal. Kalau tak tahu, jangan pandai-pandai nak reka statement sendiri. 


7. Tidak membuat rujukan kepada yang lebih pakar


Maksudnya, dia sendiri tidak yakin dengan apa yang dia bagitahu tapi dia tetap nak sebarkan sebab difikirkan baik. Akibatnya tersalah sampaikan maklumat. Lebih bahaya, ilmu itu dia belajar tanpa guru. Buat kefahaman sendiri. Mungkin itu yang terhasilnya ramai pengikut-pengikut sesat kat dunia nih.


Lebih teruk lagi, tidak mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah. Apatah lagi, menentang Ulamak. 


Maka disini, kesimpulannya ialah, Berdakwah bil Hal wal Hikmah. Kadang2 kita berdakwah sehingga kita tidak sedar bahawa hati mad'u itu disakiti bukan kerana dakwah kita ttpi kerana sikap kita dalam berdakwah. Terutamanya anak muda, yg berdarah muda.. jangan nak berdakwah saje tp tasawuf(akhlak dan adab) takde. Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment