Apakah yang dimaksudkan oleh Ilmu Hal?
Ilmu hal atau Ilmu Fardhu Ain ialah terbahagi kepada 3 :
1) Ilmu Tauhid
2) Ilmu Feqh
3) Ilmu Tasawuf ( Akhlak )
1.1 . Ilmu Tauhid ini untuk mengesahkan I'tiqod ( Pegangan kita )
2.1 . Ilmu Feqh pula untuk mengesahkan Amal ibadat kita
3.1 . Ilmu Tasawuf ini adalah untuk mengesahkan penerimaan amalan kita.
Sheikh Zurnuji ra berkata didalam kitabnya Ta'lim Muta'alim Thoriqul Ta'alum :
" Tidaklah Wajib keatas Muslimin dan Muslimat untuk mempelajari kesemua ilmu, tetapi Wajib untuk dia mempelajari Ilmu Hal "
Maka apabila kita sudah kemas terhadap asas ketiga-tiga ilmu ini, Pelajari pula ilmu alat. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu alat?.
Ilmu alat ini adalah ilmu untuk mengenali selok-belok sesuatu ilmu. Seperti ilmu Balaghah yang ada padanya Ilmu Bayan, Ilmu Maani, Ilmu Badi', Nahu dan Sorof. Ilmu ini juga perlu kita pelajari sebelum kita masuk ke dunia ilmu yang lebih tinggi seperti Ilmu hadis dan sebagainya. Kerana untuk memahami al-Quran dan as-Sunnah tersebut, bukan hanya baca dan keluarkan hukum daripadanya. Tetapi kita perlu tahu apakah yang dimaksudkan sekian ayat dan sekian perkataan. Terutamanya dalam permasalahan ayat Mutasyabihat. Untuk memahami ayat Mutasyabihat tersebut bukan sekadar membaca melalui bacaan Zahir. Seperti ayat ' Ar-Rahman Istiwa 'Ala Arasy '. Ramai yang faham bahawa Allah itu duduk diatas Arasy sedangkan para Ulama Mutaqaddimin Ahli Sunnah Wal Jamaah, mereka mentakwilkan perkataan Istiwa itu adalah berkuasa terhadap Arasy. Dan ada juga Mentafwidhkan(menyerahkan) maksud tersebut kepada Allah. Kebiasaannya mereka akan sebut " Wallahu'alam".
Maka kita kena tahu mana yang lebih Awla untuk kita pelajari. Bukan tak boleh belajar Ilmu Hadis tetapi kita kena tahu tahap kedudukan kita ini dekat mana. Bila kita tahu dan sedar kedudukan kita, maka kita akan bersikap seperti diri kita bukan seperti orang lain. Seorang pelajar apabila dia tahu bahawa dia adalah pelajar, maka dia akan jadi pelajar. Tetapi jika pelajar itu berasa bahawa dia adalah Guru, maka dia akan berlagak seperti Guru sedangkan dia adalah seorang pelajar. Maka binasalah dia pada ketika itu dan akan datang.
Moga Allah SWT memberi kita hidayah dan taufiq untuk kita menjalani kehidupan di atas muka bumi yang Fana ini.
Wallahu'alam.
al-Faqir Musytaq
Wallahu'alam.
al-Faqir Musytaq
No comments:
Post a Comment