Semua ciptaan Allah, lemah belaka.
Abuya Asy'ari ( Syeikhul Arqam ) selalu berkata :
" ALLAH BELAKA ! ".
Apa-apa sahaja, beliau berkata ketika mendapat nikmat atau bala.
Kerana semua yang ada pada kita dan sekeliling kita, nikmat mahupun ujian itu adalah daripada Allah SWT. Kekayaan itu juga dari Allah. Kepandaian dan Kefahaman itu juga karunia Allah. Kemiskinan dan bodoh itu juga karunia Allah. Tidak ada satupun milik kita. Tidak ada satupun dibawah kekuasaan kita. Kita tidak mampu berbuat apa melainkan " Dengar dan Taat ".
Manusia memang lemah.
Nak lihat Matahari pun tak mampu. Apetah lagi melihat Zat Allah SWT. Maha Suci Allah daripada menyerupai sifat makhluk.
Yang hanya kita nampak ialah biasan daripada sinaran matahari tersebut. Dengan biasan itulah kita mula mengenali makhluk yang bernama Matahari. Begitu juga Allah. Kita kenali Dia dengan kesan KekuasaanNya, kesan Iradat dan Qudrat-Nya iaitu makhluk yang ada dimukabumi ini. Kita lihat dan teliti, maka kita akan lihat besar sungguh KeagunganNya. Siapa yang mampu cipta ciptaan yang begitu hebat kalau bukan HANYALAH ALLAH SWT.
Cuba kita renung kembali.
Tafakkur seketika.
Curi waktu.
Merenung dan menilik masa hadapan kita diakhirat kelak.
Tanya diri kita, Mana milik kita?
Tanya diri kita, Siapa kita?
Wallahu'alam.
Moga Allah SWT tetapkan hati kita, hidup dengan iman, mati dengan iman, bangkit di Mahsyar nanti pun bersama dengan orang beriman. Aameen.