Selepas habis SPM dan dapat result yg memuaskan (Alhamdulillah). Aku berhasrat nak masuk Universiti Islam Antarabangsa(UIA). Solat hajat dan Doa tidak putus ku panjatkan kepadaNya. Bila result UPU dah keluar, berdegup jantung bila nak check.
Bila check,
Aku menangis.
Aku kata kat ayah
" Ayah, kenapa org dapat U lain. Result org memang layak utk UIA. Tapi kenapa dapat Unisza "
First time dengar nama UNISZA.
Ayah bg semangat.
" Ada hikmah la tu Allah bagi kamu kat Unisza. Mana2 pon ok. Cuma kita nak belajar atau taknak "
Aku kurung diri aku selama 3 hari kerana tak boleh terima hakikat. Unisza? Aku fikir U apakah ni. Bila time pendaftaran, aku agak tak bersemangat. Sampai je ke bumi Terengganu, aku terasa ada spirit of Islam dan Khazanah Ilmu Islam.
Hampir 2 Tahun aku belajar di Unisza ni, baru aku tahu hikmah yang Allah nak berikan kepada aku. Ya ! Kita minta apa yg kita mahu. Tapi Allah bagi apa yg kita perlu.
Pada mula proses pembelajaran di sini, bagi aku agak rumit kerana loghat Terengganu ni jarang didengari. Nak memahami kata2 lecturer disini juga bagi aku ada sedikit masalah. Kerana loghat mereka terlalu pekat untuk aku hadam. Hahaha. Lama kelamaan baru aku dapat hadam sikit demi sedikit.
Rupa-2nya Allah hantar aku ke sini, Dia mahu aku tadah kitab dan ilmu Universiti disini. Maha Suci Allah, bumi Terengganu ni kaya dengan ilmu turath. Di sini(Unisza) setiap hari ada pengajian talaqqi kitab. Bila senior kata " Kalau kamu betul2 ikut pengajian di Unisza, insyaAllah kamu akan jadi org profesional yg alim dalam pelbagai bidang. "
Dan sekarang aku berada di akhir Pengajian Diploma. Bagi aku, aku teramat bersyukur kerana aku ditempatkan disini yg mana disini aku belajar dengan pelbagai ilmu, aku kenal ramai sahabat yg hebat2, aku dapat jodoh, hahahahaha ehem2. Dan aku belajar ilmu pentadbiran dan kepimpinan dan macam2 la.
Satu je aku nak nasihat. Dimanapun kita belajar, tak kesah di oversea ke apa ke, tanam niat kita dtg ke U ni semata2 utk Allah dan Rasul, insyaAllah akan dipermudahkan semua perkara.
Sambung.....